Wednesday, November 27, 2013, Wednesday, November 27, 2013
Assalamualaikum and annyeonghaseyo bloggers. Finally setelah
sebulan aku tak update apa-apa dekat blog ni, aku berkesempatan juga nak
update. Berhabuk bebenor aku tengok blog aku ni. cbox pun dah tunggang
terbalik. Agagaga !!! aku ni bukannya apa, tapi akibat kakak aku yang memegang
broadband so memang tak ada chance nak fangirling. Itupun nasib baik ada phone.
Btw, sempena birthday aku ayah hadiahkan phone untuk aku (tapi syaratnya harga
mesti bawah rm300) tapi aku beli yang lebih dari rm300 bukannya yang rm400
rm500 tapi Cuma rm300 tu apa puluhan lah (pfft ayat -,-)
So sempena post aku yang pertama ini setelah sebulan
ber-hiatus, aku nak story sikit pasal exo. Omg aku memang tak sangka gila yang
diorang boleh menang award album of the year dekat MAMA 2013 hari Jumaat yang
lepas. Masa performance tu aku asyik menjerit je. Nasib baik aku seorang je
yang ada masa tu. Tapi kesian dekat D.O kaki dia terseliuh. Aku rasa tak sampai
hati nak tengok performance tu balik. Lepas tu dia dikejarkan ke hospital. Dari
drama terus menjadi kenyataan. Haih kesian D.O aku harap dia dah sembuh. Masa
exo bagi ucapan, aku nak nangis tapi disebabkan abang aku ada so tak jadilah.
And aku noticed yang Kris spoke in HK. Isn’t he?
Bukan itu aje, lepas je event tu, berlakulah sebuah fanwar
pada keesokan harinya. Some immature fans ada bash Big Bang dengan INFINITE.
Aku macam “itu pun nak bash ke?” ada yang kata G-Dragon tu tak ada talent. So
daripada situ patut ke nak bash group hanya disebabkan exo dah menang award
yang besar? Pls lah exo stan, tolonglah jangan riak sangat. Aku tahu ada
sesetengah immature fans ni yang bashsebab tak puas hati exo tak dapat award
yang dicalonkan. Sebenarnya yang bermasalah dekat situ kenapa kau tak vote
diorang banyak-banyak? Aku bukannya nak back up fandom lain tapi tolonglah
jangan macam ni. dah takdir kenalah redha. Aku pun rasa bersyukur gila bila exo
dapat award tu. Bukan mudah k. so pls lah ubah pendirian tu. Jangan nak selfish
sangat.