Sunday, June 30, 2013, Sunday, June 30, 2013
Assalamualaikum and Annyeonghaseyo guys. hari ni dah hari ahad yang bermaksud bahawa aku akan balik srama hari ni. sobs sobs sedih betul. semalam aku ada tukar blogskins. hehe! simple but cute. bolehlah tu sebab aku malas nak guna yang besar-besar. takut lama pulak korang tunggu loading en?
sedia maklum yang bulan July ni kita akan sambut bulan ramadhan. tahun lepas aku puasa penuh tau! bangga betul aku sebab tak payah ganti puasa XD dan aku harap tahun ni pun aku puasa penuh. tapi kalau tak dapat, tak apalah. dah bukan rezeki kan?
tahun lepas merupakan tahun petama aku berpuasa dekat sekolah smk sana tu. boleh tahanlah jugak makanannya. tapi apa yang tak baik, lauknya asyik ayam aje. bukannya aku tak bersyukur ke apa, kalau boleh tu janganlah nasyik ayam je, bagilah ikan ke, sotong ke, udang ke, baru syok! tapi kalau air tu aku memang sukalah. kadang-kadang jus tembikai, jus oren, jus anggur and apa-apap jelah.
dan aku harap masa berbuka puasa nanti tak adalah lagi bergaduh. macam hari tu. aku tak naklah ungkit balik pasal benda tu. membuka aib oranglah katakan. and last yearlah jugak aku hampir kena tangkap dengan pakguard. bukan main lagi aku pecut. cerita? adalah sikit. agagaga time-time puasa pun aku boleh berlari lagi. tapi tak haus.
tahun lepas Encik Nizam dengan berbesar hatinya merelakan kami pergi ke bazaar dengan guna kereta dia. terima kasih ya En.Nizam and sorry sebab dah menyusahkan En.Nizam. maklumlah, budak asrama kan tak boleh keluar sesuki hati je =)) pernah sekali tu aku outing dengan parents aku. time tu asrama lapang gila. yelah, mana taknya kalau ramai yang dah balik awal. akak form 4 bengang je sebab tak boleh outing. aku? macam mana boleh dapat? time kelas KKQ aku ada mintak sign ustazah. hehehe! cara termudah untuk mendapatkan tandangan.
pernah sekali tu, waktu kitorang tengah dok menunggu berbuka puasa, tiba-tiba tv tak boleh bukak. nak dengar azan memang taklah! so kiranya waktu tu dah pukul 7:40 pm. so abang razzi kata lebih baik bukak puasa je (dekat kawan dialah) bila kitorang tengok yang dia and the geng dah berbuka puasa, kitorang pun join sekali.
masa makan tu hanya Allah jelah yang tahu bagaimana rasa kenikmatannya. yelah seharian dok menanggung kelaparan. korang pun sama jugak kan? teringat pulak masa dulu-dulu bukak puasa dekat rumah. kalau pergi mana-mana je nak beli makanan, aku mesti mintak ayah beli air soya. sedap tau! tahun ni Insya Allah aku akan balik tiap-tiap minggu. aku tak tahu kenapa dengan aku tahun ni. asyik nak balik je. aku ucapkan semoga ramadhan tahun ini lebih bermakna dan memberi kita sedikit sebanyak pengajaran di bulan puasa nanti ya?
ppyeong!