♔ entries ♔ about me ♔ domain ♔ affiliates ♔ credits
haiz pbs
Sunday, September 15, 2013, Sunday, September 15, 2013
Assalamualaikum bloggers.

long time no update this blog ya. haha i miss it soo much! well, aku busy dengan sekolah sekarang. PBS berlambak. no time to spaz or fangirling.

btw, sejarah kitorang dah nak habis PBS tetapi band 6 je lagi belum buat. soalan dah dapat tapi tulah, tak tahu bila nak sentuh. brochure. it is easy to say but hard to do. aku dah ambil beberapa info from internet tapi aku pening macam mana cara nak buat. bukan apa, nak paste tu dekat mana. aku tak tahu yang mana satu cover, yang mana satu isi.

yes im making it right now. well, the first image is the first part and the second image is the second part. how to make it eah? omg please help me. btw the title of this brochure is Tempat-tempat Menarik di Malaysia. maklumat semua aku dah dapat cuma tak tahu nak tulis dekat mana. pandai kan? kawan aku seorang dah hantar. rugi aku tak tanya dia macam mana nak buat.

Labels: #2013

the last day of fasting
Wednesday, August 7, 2013, Wednesday, August 07, 2013

Assalamualaikum and Annyeonghaseyo. hye guys. pfft dah lama aku tak update blog ni. yelah sebab balik je rumah aku terus buat homework. banyak pulak. BI je yang lebih daripada lima muka surat. kalau yang sains tu jangan cakap lah kan. tapi aku cuma sempat buat nota je. sps tak sentuh apa-apa pun lol.

btw hari ni merupakan hari last kita berpuasa. pejam celik pejam celik rupa-rupanya dah habis. so, that's means yang dah tak ada air cendol lagi. sobs sobs sedihnya aku. sepanjang aku duduk dekat rumah ni adalah dalam 3/4 aku minum cendol dalam lima hari ni. haha. gila kan? tapi aku memang suka minum cendol. petang tadi pun aku minum cendol. hehehe.

petang tadi kitorang sekeluarga berbuka puasa dekat rumah nenek. ramai jugaklah saudara-mara yang datang tapi ada beberapa orang tu tak ada. beberapa ke? aku rasa macam dalam dua empat orang. argh lantaklah. kitorang buat BBQ. kyaa sedap gila. ni pun sebenarnya plan cousin aku. memang meriah petang tadi. masa berbuka tu aku terambik paha ayam. besar tau saiznya. time tu dah pegang. aku rasa macam nak letak balik tapi emngingatkan yang ayam tu dah terkena jari-jemari aku, so ambik jelah.

hari ni memang hari berkemas rumah. lenguh jugaklah badan aku. tapi bilik kakak aku yang kemas. aku malas nak kemas sebab time tu aku tengah kupas kulit bawang dengan kentang. rajin benor aku hari ni. aku rasa rindulah dengan bulan ramadhan ni. aku rindukan berbuka puasa dekat DM, buat solat sunat terawih dengan surau (sebab buat lapan rakaat) tengok budak-budak aspura yang minum sikit lepas tu solat maghrib terus. (sebenarnya tak termasuk pun) rindukan oyen (kucing) yang dikenali sebagai penjenayah sebab selalu sangat nak masuk dorm. maklumlah, baru lepas berpantang so dia pun nak bagi tempat exlusive macam VVIP gitu dekat anak-anak dia.

Labels: #2013, #thoughts

Semi-Hiatus
Sunday, July 28, 2013, Sunday, July 28, 2013

Assalamualaikum and Annyeonghaseyo. hari ni aku akan balik ke asrama. sobs sobs sedihnya tetapi memandang yang aku ada exam TIMSS so kena balik jugaklah ya. aku exam next week masa hari selasa. doakan aku supaya dapat jawab dengan mudah ek? amin :) tempoh aku ada dekat rumah ni memang singkat walaupun dapat balik awal. bukan apa, balik kali ni tak best sangat. so aku dengar cerita yang exo akan masuk wgm. isn't it true? aku pun tak nak confirmed kan dulu. tapi aku rasa masanya akan sampai juga. ya tak? tengoklah sekarang ni Taemin dengan Naeun. alololo sweet gila. Taemin dengan Naeun yang sama-sama comel. 

kalau duduk dekat fandom ni memang banyak rumor kan? hari ni je aku dengar yang Baekhyun akan digandingkan dengan Alice { Hello Venus } semestinya aku takkan memberi persetujuan kepada abe Baekhyun kalau nak pasang lagi. lol exo akan comeback next week manakaal waktu tu aku tengah dok asrama mental breakdown seorang diri tanpa peneman. pagi tadi dua kali aku tengok dance practice. yang jadi masalahnya, internet aku ni. 

aku tak tahu sampai bila aku hiatus tapi rasanya sampai raya kot. im not sure bila aku balik sini tapi aku rasa sehari or dua hari sebelum raya. hehehe dan masa tu aku akan spazzing habis pasal exo.

Labels: #2013, #almost cry, #baekhyun, #comeback, #fan fav

Growl the new Comeback
Saturday, July 27, 2013, Saturday, July 27, 2013

Assalamualaikum and Annyeonghaseyo guys. dah lama tak hupdate blog ni. act, aku dah lama balik sebab minggu ni ada nuzul al-Quran kan? so jari-jemari ini terasa malas nak menaip tambah lagi next week aku ada exam TIMSS. rasa nak tercabut telinga ada exam ni. hari selasa. okay! ingat hari selasa. bersejarah tu. subject yang masuk cuma dua je. itupun subjects yang aku lemah. math and sains. kalau sains tu aku boleh jugaklah tapi kalau math ni, hanya Allah je yang tahu. aku rasa macam satu hapak pun tak masuk kepala. cikgu tu ajar macam tengah berlumba dalam Fast & Furious. hehehe tak adalah sampai macam tu.

btw, aku dah lari tajuk ni sebenarnya. aku just nak cakap yang minggu depan exo nak comeback. huwaaa! happy gila. tapi masalahnya time tu aku dekat asrama =( aiyoyo sedihnya. but, aku dah tengok teaser mv. memang daebaklah aku kata. aku tak sabar nak tengok mv growl tu XD btw, f(x) pun dah comeback. kalau tak silap nama lagunya RumPumPumPum. first time dengar tajuk lagu ni, aku rasa pelik jugak. apa maksudnya? dalam bahasa korea ke, china ke, thailand ke? eden pun tak tahu. tapi hari tu ada orang informed dekat aku yang kikranya macam nak kata I Love You la.

aku masih lagi tak faham kenapa sm tak buat wolf drama tu sekali ngap je. ini nak kena ada part 1 dengan part 2. ayo! aku nak tahu jugak apa sambungannya. kesian pulak tengok Luhan ya? and aku paling tak sabar sekali nak tengok yang part Kris bagitahu yang Luhan suka dekat awek Kai tu. bukan apa aku just wondering kenapa tiba-tiba Kris nak pecahkan gambar tu? banyak konflik ni.

Labels: #2013, #comeback, #EXO

Practical Teachers
Sunday, July 21, 2013, Sunday, July 21, 2013

Assalamualaikum and Annyeonghaseyo guys! hari ni aku bersemangat sikit. lepas sahur je aku terus iron baju. dan aku tak mengantuk langsung. habis je iron baju aku terus bukak lappy dan online macam biasa. seperti biasa hari ahad aku akan balik ke asrama. ergh semestinya aku benci gila nak balik asrama. rasa macam sekejap je tinggal dekat rumah ni. btw, aku nak cerita sikit tentang guru praktikal dekat sekolah aku.

jeng jeng jeng. sebenarnya dah lama guru praktikal ni tapi ada seorang tu baru masuk. so, aku nak cerita sikit tentang ustazah bahasa arab aku. nama dia Ustazah Atifah. ustazah ni baik, cantik sangat orangnya. lagi-lagi mata dia. bulat doe! diorang ajar kitorang bahasa arab. tapi tak tahulah kalau budak form 1 ajar PAI. ustazah ni aku rasa sampai sekarang kekok lagi kut. dia ada cakap yang penyelia dia nak datang. but until now dia tak jenguk-jenguk lagi. dari awal lagi kitorang kena get ready. 

lagi seorang ustazah ni namanya Fasihah. dia tak ajar kitorang but dia ajar budak kelas lain. i guess PAI. kebiasaannya kalau ustazah ni kita nampak pakai tudung labuh, tudung bawal yang labuh kan? tapi ustazah ni lain sikit. dia pakai shawl. first time aku nampak ustazah yang pakai shawl. tapi aku suka tengok dia. kulit dia ptih betul. kalah aku. 

yang lagi satu ni kitorang baru je berkenalan dengan dia. aku tak tahu nama penuh dia apa tapi nama cikgu ni Cikgu Syamin.dia bolehlah ada rupa. ecewah! tapi, first masuk je ramai tak suka dia. bukan sebab apa, biasanya kelas ICTL kitorang tak buat apa-apa pun then bila dia masuk kitorang kena belajar. kyaaaa! but he must do that right? dia kan tengah praktikal so memang patut pun kena belajar. tapi yang peliknya kena ada buku. waktu form 1 dulu kitorang tak guna buku but e-mail. semua kerja buat dalam microsoft office. kerja mesti kena siap. but bila masuk form 2 dengan cikgu baru, kitorang online je. kadang-kadang aku pelik jugak dengan cikgu ni sebab tak bagi homework. datang je guru praktikal ni, he'll teach us how to learn. 

but just one thing that i don't like him. his starring. omg aku rasa macam nak gali je lubang cacing. pandangan mata dia tu seolah-olah kitorang ni bersalah. and kalau tak silap aku cikgu ni minat anime. sebab dia tanya dekat budak-budak aku dekat mana nak download anime. hehehe tanya kakak sayalah cikgu. kakak saya rajin download aniem ni.

Labels: #2013, #HS story, #thoughts

Oppars are Back
Saturday, July 20, 2013, Saturday, July 20, 2013

Assalamualaikum and aanyeonghaseyo guys.guess what? seperti yang kita semua tahu yang BEAST dah comeback XD wah clap hands! clap hands! malam tadi lepas balik aku terus tengok mv Shadow ni. mv Shadow ni memang daebak. tapi ada beberapa part yang seram sejuk jugaklah. seriously guys, lagu Shadow ni memang best.

(junhyung ... )

Labels: #2013, #comeback, #fan fav, #mv

Late to know
Friday, July 19, 2013, Friday, July 19, 2013

Assalamualaikum and annyeonghaseyo guys. pfft penatnya hari ni. yelah aku baru je balik hari ni dan tak semena-sema kena berebut lappy dengan abang aku. haiz~ well, aku nak cerita benda lain sebenarnya. ya! bila korang tengok je gambar dekat atas ni bermaksud ada kaitan dengan drama mv. sebenarnya aku baru je tahu yang drama mv ni dah released. nasib baik masa bm tu dekat pc cikgu tak ada microsoft office. so, kitorang boleh online.

masa tengah stalk twitter fanbase exo, aku terjumpa satu video ni. aku rasa macam pernah je tengok gambar tu. tapi aku sendiri pun dah lupa. bila aku tekan je link tu, rupanya wolf drama mv dah relased. huhuhu sedihnya aku sebab lambat tau. aku ingatkan drama mv ni takkan release. yelah, rasanya macam dah berjanggut je menunggu kan? version pertama yang aku tengok chinese version dulu. masa tu aku baru je nak test tengok. 

tapi ada beberapa part yang aku tak faham such as yang D.O kena belasah dengan Luhan. aku tahu yang Luhan can't control himself but yang musykilnya kenapa D.O tiba-tiba nak serang dia? haiz. dan apa yang aku tunggu sekarang adalah sambungan drama ni. masa aku tengok drama mv ni kan, aku jerit dekat kawan yang benda ni dah released. he he he sorry ya cikgu sebab buat bising dalam kelas cikgu =)

Labels: #2013, #drama, #EXO, #fan fav, #mv

day 5 of fasting
Sunday, July 14, 2013, Sunday, July 14, 2013

Assalamualaikum and Annyeonghaseyo guys. hari ni aku update blog for the last time for this week sebab hari ni aku akan balik ke asrama. hurm sobs sobs memang sedih kan k-poppers yang kena balik asrama ni. well, next week aku balik jugak sebab minggu depan balik wajib =D so siapa-siapa yang nak aku follow balik or exchange link aku akan update minggu depan ek? 

so, how's your fasting? seronok tak? alhamdulillah aku dekat sini seronok gila. tapi semalam je yang tak boleh bla. hujan lebat gila. then, eletrik pualk tak ada. haiz tapi yang syoknya aku tidur sampai tangan aku kebas. bwahahaha. btw, kita kena berdoa agar hujan yang turun tu merupakan hujan rahmat.bak kata cikgu sains aku. sebenarnya aku nak tudung sekolah yang baru. tudung sekolah yang aku tengah guna sekarang ni, hanya Allah sahaja yang tahu keadaannya. tapi entah kenapa susah sangat nak mintak tudung baru from my mom. haiz~

korang dah beli baju raya? aku cuma dah beli kain tapi belum dijahit lagi. better kalau kita beli awal sebab kalau dah nak dekat raya nanti mesti pekan or bandar akan sesak gila. so, bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan. hehehe. hari ni dah masuk hari kelima kita sebagai umat islam berpuasa. so nampak sangat yang raya tu lama lagi kan? aku dah tinggalkan dua hari. masa school holiday bulan Disember nantilah baru aku ganti. esok datang sekolah je mesti ada pbs yang nak kena buat. maklumlah, masa hari sabtu tu ada sekolah ganti. eden malas nak pergi so aku balik ajelah rumah. mesti dalam kelas sikit je orangnya sebab abe mirza pun balik. hurmm tak pernah-pernah aku tengok mirza balik hujung minggu macam ni.

hari ni aku nak tengok m countdown, kena iron baju dan ... itu je kot. so, aku memang tak tahu nak arrange schedule sendiri. haiz. mesti aku kena berebut dengan abang aku. hurm tapi aku mungkin akan tengok dalam bilik ibu je kot. lagipun hari ni maybe exo perform awal.

Labels: #2013, #EXO, #friends, #HS story

sustenance
Saturday, July 13, 2013, Saturday, July 13, 2013

Assalamualaikum and annyeonghaseyo guys. i wanna share something about my sister for today. she already 19 years old and she has got her results. so it's time to continue her next journey in life. hari tu dia ada pergi temu duga USM dekat Kelantan. tunggu-tunggu result tak ada pun tawaran dari USM. then ibu cakap semalam yang kakak dapat tawaran masuk UiTM Puncak Alam. Alhamdulillah. it's okay kalau dia tak dapat USM tu kan?

bak kata orang bukan setiap yang kita nak kita akan dapat kan? tapi setiap yang berlaku pasti ada hikmah kan? so, even kakak tak dapat USM tu, at least dia dapat tawaran UiTM. dekat lagi tu. kalau tak dulu masa matrik dekat Johor and now dapat yang lagi dekat. alamatnya kalau kakak dah dapat sana, shopping lah kan balik tu nanti? agagaga XD

memang betullah kata orang setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. dulu aku nak sangat masuk SMKA Kuala Selangor but ayah didn't allowed me. katanya ayah tahu yang aku tak mampu bawak subjects yang berlambak tu. then, ayah isikan borang yayasan selangor. aku dapat tawaran tu dan aku dapat dekat SMK Sungai Besar. walaupun rasa bangga at first, tapi semakin lama semakin aku rasa malas nak duduk sana. bak kata cikgu kitorang ni bermasalah. 

duduk dekat asrama ni memang banyak halangan kan? contohnya, kita nak tidur awal susah. nak focus on study pun susah sebab rasa malas tu sentiasa meluap-luap. nak iron baju kena iktu turn. kadang-kadang iron rosak. air tak ada. eletrik pun tak ada. kena bashing dengan budak-budak asrama pun ada tau. jenis sekolah aku tu memanglah budak-budaknya macam tu melainkanlah kalau sekolah yang menempatkan budak-budak yang pandai macam SMS, MRSM, SPBi tu lainlah jenis budaknya.

but, aku memag bersyukur sangat dapat dekat sana. bila aku dekat sana sekurang-kurangnya adalah jugak pengajaran yang baik. contohnya aku dah reti basuh baju sendiri. kahkahkah. selama aku duduk rumah memang aku tak tahu langsung basuh baju. subject science pun makin elok (ada sesetengah part aku akan jadi malas)

Labels: #2013, #a loving family, #friends, #HS story

Dear Frog ,,,
Friday, July 12, 2013, Friday, July 12, 2013

Assalamualaikum and Annyeonghaseyo bloggers. hari ni dah masuk hari ketiga kita berpuasa. Alhamdulillah. actually, aku baru je balik dari asrama. so, aku memang ada cerita nak cerita dekat korang semua. semuanya tentang hari first until this third day =D 

bab ni aku tak ingat masa puasa hari pertama atau kedua tetapi  cerita ni  tersangatlah memalukan. ini semua berlaku semasa aku tengah mandi dekat dalam tandas. waktu tu aku tengah angkat bakul. you know tempat letak shampoo, sabun, ubat gigi, berus gigi and apa-apa jelah. masa tu aku bawak baldi sekali. masa aku angkat benda tu, bukan main kepalang lagi aku terjumpa katak tengah berdiri dalam baldi aku.

so, mestilah korang terkejut kan kalau jumpa katak dalam baldi secara mengejut. melainkan kalau korang tak terkejut sebab saiz katak tu yang kecil tapi masalahnya katak ni BESAR sangat. selama ni berlambak je katak besar buncit dekat rumah aku tapi kali ni lain sikit sebab katak tu dekat dengan aku. then, aku letak balik bakul aku tu. masa tu aku nak pakai baju cepat-cepat tapi katak tu dah ubah posisinya and dah ready nak jump out. 

dalam waktu macam tu, sape-sape je akan buat apa-apa je asalkan katak tu tak melompat. so, cepat-cepat aku ambik tuala then lari keluar dari tandas tu. aku mintak tolong kawan aku keluarkan katak tu dari baldi aku. aku tak tahu apa yang dia buat tapi katak tu memang dah keluar. aku tak sanggup nak tengok katak tu. tak sanggup. 

aku mintak dia keluarkan katak tu dari tandas tu. tapi dia tak berani. so, aku suruh Ili panggil Raihah. then, Raihah pun datang terkedek-kedek. aku mintak tolong dia. dalam masa tu jugak aku bagi idea bernas dekat dia. ambik whipper yang ada dekat bawah tangga and then tolak katak tu ke tandas sebelah. aku mintak tolong diorang jagakan depan tandas aku. kot-kot katak tu masuk lagi ^^

cepat-cepat aku pakai baju. diorang yang dekat luar tu dah start gelakkan aku. menyakat aku lagi tuh. katanya katak tu bergeraklah, apalah. dan aku tak sedar yang aku menjerit. hahaha. macam manalah tu T__T

sebenarnya tanpa disangka-sangak, oleh kerana jeritan aku yang volume yang maksimum telah mengejutkan semua orang yang tengah tidur dekat dorm. hurm bagus jugak kan? diorang tu entahlah jenis yang bangun lambat. bagus jugak dengan suara aku tu diorang bangun. hahaha. btw, aku ada jugak rasa bersalah. tak pasal-pasal orang tengah dialam mimpi yang indah tiba-tiba musnah berkecai sebab aku. kekeke.

Labels: #2013, #asrama, #friends, #HS story

One of my favourite songs
Sunday, July 7, 2013, Sunday, July 07, 2013

Assalamualaikum and annyeonghaseyo guys. okay update blog lagi. petang-petang macam ni kan kalau minum ABC ke ataupun cendol mesti sedap kan? haha! mengarut sampai ke situ pulak. setiap orang ada lagu favourite sendiri kan? tak kiralah rock ke, nasyid ke, pop, jazz, k-pop apa-apa jelah. aku pun ada lahu favourite aku.

Dah terang-terangan kan aku suka music jenis apa. so, semestinya aku minat k-pop. banyak jugaklah lagu yang aku suka. macam lagu group EXO, Ailee, 4Minute, Infinite, SHInee, SNSD, f(x), BAP, Btob and banyak lagilah. tapi aku nak share satu lagu favourite aku ni. namnya lagu ni Love Blossom yang dinyanyikan oleh K.Will. mesti ramai yang pernah dengar lagu ni.

dan apa yang membuatkan aku lagi bertambah nak tengok bila Myungsoo berlakon dalam mv ni. kyaaa! memang terjerit jugaklah tengok dia dalam mv tu. tapi ada juga part yang tak berapa nak faham sangat. lagi-lagi masa yang dia tembak K.Will tu. dia bagi bunuh sekali ke pengsan je? 

mula-mula aku tahu yang Myungsoo berlakon dalam mv ni. tapi aku malas gila nak tengok. fahamlah kan, internet connection yang lembab menambahkan lagi malas nak tengok. lepas tu aku tengok m countdown. masa tu K.Will comeback. first time dengar je aku dah mula jatuh cinta dengan lagu ni. so masa dengar lagu ni aku dah boleh tangkap macam mana mv tu. then, pagi tu aku bangun awal-awal. aku tengok lah mv tu. comel gila Myungsoo. bila dah habis tengok, aku terus download lagunya.

i hope it was me =(

Labels: #2013, #comeback, #fan fav, #life, #random

Sukan Tahunan
Saturday, July 6, 2013, Saturday, July 06, 2013

Assalamualaikum and Annyeonghaseyo guys. I'm back. minggu ni minggu wajib balik so aku adalah masa nak update blog kan? aku baru je lepas tengok m countdown. sempat jugak aku tengok exo tau XD semestinya peminat setia drama Sebenarnya Saya Isteri Dia pun takkan terlepas kan nak tengok episode yang last. haha! aku pun tengok jugak. well, aku malas nak baca yang novel sebab sekarang ni rasanya macam dah tak ada masa nak baca novel segala ni. aku tak sangka pulak yang rupanya Firash tu memang since kecil lagi crushing dekat Syaf.

btw, aku bukan nak cerita pasal SSID tapi aku nak cerita pasal sukan tahunan dekat sekolah aku. tahun ni it kinda weird sedikit sebab biasanya kan sukan hari sabtu but yang ini pulak hari rabu. aku pun tak tahu sebab apa cikgu buat macam tu. mungkin masa minggu jerebu tu dah halang banyak sangat masa kitorang nak buat sukan tara.

aku masuk dua acara. first, lontar peluru dengan lempar cakera. tapi aku sedikit tak puas hati masa tu. main dengan penuh tak ada peraturan. cara lontar pun salah. aku tahulah sebab aku wakil sekolah. then, budak yang main salah tu boleh dapat nombor satu dengan dua. siapa tak sakit hati bro orang main salah dapat hadiah? tapi alhamdulillah aku dapat nombor tiga =D lempar cakera pulak aku dapat nombor dua. menaik ni. ingatkan nak masuk 1000 meter tapi aku ingat acara aku awal. tapi hampeh! yang jaganya satu tempat je. so, terpaksalah tunggu lelaki habis.

tahun ni kelas kitorang rumah Garuda. first dengar je nama ni jadi tak bersemangat sebab rumah ni tahun lepas lopek. aku tak ingat nombor berapa. masa perbarisan rumah aku dapat nombor tiga. ala-alal master chef gitu. boleh pulak ada yang tanya, "yang dekat belakang tu kak betty ke syasya?" itu pun kak betty yang cakap. haiz boleh pulak macam tu ya? mentang-mentang muka sama T__T but apa yang paling membanggakan rumah Garuda dah up sikit. kalau tahun lepas nombor tiga, now kitorang naikkan nombor dua. tahun ni rumah Merak nombor satu. tahun lepas rumah aku yang dapat tempat first. semestinya kelas 1KAA sekolah aku kalau rumah sukan mesti menang. tak tahulah diorang macam mana tahun depan kan?

aku harap tahun depan aku boleh masuk acara balapan. rindu kot tak dapat masuk lari hari tu. banggalah mimi dapat tiga meddle kan? haha! macam biasa sekolah aku takkan jemput ibu bapa. kelakarlah pulak aku rasa. tapi yang tak puas hatinya lepas je tengok perbarisan kitorang kena masuk kelas balik. entahlah kena marah dengan cikgu science lepas tu. haiz nasib! nasib! tak pasal-pasal dapat ceramah free.

Labels: #2013, #HS story, #life, #night, #thoughts

Ramadhan is coming
Sunday, June 30, 2013, Sunday, June 30, 2013

Assalamualaikum and Annyeonghaseyo guys. hari ni dah hari ahad yang bermaksud bahawa aku akan balik srama hari ni. sobs sobs sedih betul. semalam aku ada tukar blogskins. hehe! simple but cute. bolehlah tu sebab aku malas nak guna yang besar-besar. takut lama pulak korang tunggu loading en?

sedia maklum yang bulan July ni kita akan sambut bulan ramadhan. tahun lepas aku puasa penuh tau! bangga betul aku sebab tak payah ganti puasa XD dan aku harap tahun ni pun aku puasa penuh. tapi kalau tak dapat, tak apalah. dah bukan rezeki kan?

tahun lepas merupakan tahun petama aku berpuasa dekat sekolah smk sana tu. boleh tahanlah jugak makanannya. tapi apa yang tak baik, lauknya asyik ayam aje. bukannya aku tak bersyukur ke apa, kalau boleh tu janganlah nasyik ayam je, bagilah ikan ke, sotong ke, udang ke, baru syok! tapi kalau air tu aku memang sukalah. kadang-kadang jus tembikai, jus oren, jus anggur and apa-apap jelah.

dan aku harap masa berbuka puasa nanti tak adalah lagi bergaduh. macam hari tu. aku tak naklah ungkit balik pasal benda tu. membuka aib oranglah katakan. and last yearlah jugak aku hampir kena tangkap dengan pakguard. bukan main lagi aku pecut. cerita? adalah sikit. agagaga time-time puasa pun aku boleh berlari lagi. tapi tak haus.

tahun lepas Encik Nizam dengan berbesar hatinya merelakan kami pergi ke bazaar dengan guna kereta dia. terima kasih ya En.Nizam and sorry sebab dah menyusahkan En.Nizam. maklumlah, budak asrama kan tak boleh keluar sesuki hati je =)) pernah sekali tu aku outing dengan parents aku. time tu asrama lapang gila. yelah, mana taknya kalau ramai yang dah balik awal. akak form 4 bengang je sebab tak boleh outing. aku? macam mana boleh dapat? time kelas KKQ aku ada mintak sign ustazah. hehehe! cara termudah untuk mendapatkan tandangan.

pernah sekali tu, waktu kitorang tengah dok menunggu berbuka puasa, tiba-tiba tv tak boleh bukak. nak dengar azan memang taklah! so kiranya waktu tu dah pukul 7:40 pm. so abang razzi kata lebih baik bukak puasa je (dekat kawan dialah) bila kitorang tengok yang dia and the geng dah berbuka puasa, kitorang pun join sekali.

masa makan tu hanya Allah jelah yang tahu bagaimana rasa kenikmatannya. yelah seharian dok menanggung kelaparan. korang pun sama jugak kan? teringat pulak masa dulu-dulu bukak puasa dekat rumah. kalau pergi mana-mana je nak beli makanan, aku mesti mintak ayah beli air soya. sedap tau! tahun ni Insya Allah aku akan balik tiap-tiap minggu. aku tak tahu kenapa dengan aku tahun ni. asyik nak balik je. aku ucapkan semoga ramadhan tahun ini lebih bermakna dan memberi kita sedikit sebanyak pengajaran di bulan puasa nanti ya?

ppyeong!

Labels: #2012, #2013, #asrama, #HS story, #thoughts

Our Dreams
Saturday, June 29, 2013, Saturday, June 29, 2013

Assalamualaikum and Annyeonghaseyo guys.

pejam celik pejam celik rupa-rupanya dah nak masuk bulan July. aiyaiyai! PBS belum habis lagi. lagi-lagi subject science. aku tak tahu kenapa tapi semua subject dah mara ke hadapan. cuma science ni je kitorang lambat sikit. well, aku tahu mesti ramai yang dah baca post yang pasal ex-kpopper tu kan? aku pun ada baca jugak post tu. sedikit sebanyak ada juga pengajarannya daripada post tu. sebolehnya kita haruslah mengubah diri kita ke arah yang lebih baik.

btw, bagi students yang study dekat sekolah jenis harian, mesti time form 4 nanti korang kena pilih kelas apa yang korang nak masuk kan? contohnya macam sains tulen, sains ikhtisas, sains sukan, teknologi maklumat, reka cipta, akauan dan macam-macam lagi. tapi aku sendiri pun tak tahu aku nak ambik apa kalau aku still lagi dekat sekolah aku tu. semestinya waktu form 4 nanti aku nak pindah ke sekolah yang lebih baik. kalau dekat sana tu dah confirmed ambik aliran sains tulen kan?

bila dah besar masuk universiti segala, kita akan diberikan pilihan cost apa yang kita nak. masa nilah aku akan tertanya-tanya cost apa yang aku nak ambik. aku sebenarnya ada banyak cita-cita.
  1. doktor. sebba gaji besar.
  2. photographer. haha! kalau yang ini aku memang jenis suka ambil gambar (but not selca lah!) sesambil tu boleh melancong ke serata dunia XD
  3. buka kedai roti (sebab aku rasa kedai roti memang menguntungkan)
  4. arkitek. tapi yang ini aku tak berapa bagi peluang yang besarlah.
so, apa-apa pun impian kita, kita mestilah berusaha supaya yang kita impikan selama ni tercapai. siapa yang tak nak impian dia tercapai kan? cuba tanya Kak Ton. kalau dia pun nak kan? haha.

Labels: #2013, #thoughts

What Is This!
Friday, June 7, 2013, Friday, June 07, 2013
Assalamualaikum and Annyeonghaseyo! guys, please watch these videos. its were fucking awesome XD this is really superb daebak. Aku just tak tahan tengok Suho, Baekhyun dengan Xiumin. they are really sexy dancer. tapi sampai turn Luhan sekejap je. sebab dia malu. ermm it's okay Lulu. i know it!

Tapi yang paling best sekali masa D.O menari lagu Gentleman. kyaaaaaaa sexy dance LMAO XD. aigoo oppars, are you trying to kill us huh? btw, memang seronok gila melayan video-video ni. sekarang ni aku cuma tak tengok Lay dengan Kris, Xiumin's rap dengan diorang nyanyi lagu Baby Don't Keraii~

Labels: #2013, #EXO, #fan fav, #LMAO, #oppars

back to school
, Friday, June 07, 2013

Assalamualaikum and Annyeonghaseyo bloggers! hari ni dah hari Jumaat dan cuma tinggal dua hari je lagi sebelum pagar sekolah tu dibuka XD sekarang ni aku rasa macam nak menyorok je dalam lubang. semestinya perkataan "sekolah" tu membuatkan aku fobia sangat. haiz samalah jugak dengan asrama. terasa malasnya weyh nak balik sana.dan homeworks aku belum siap sepenuhnya, kerja kira padi cuma tinggal satu ikat itupun baru satu packet. 

and one more thing, i wanna say congratulations to my unnie because she has got 4 flat in her exam. haha! well, omma and appa maybe would buy her a tab. ermm how lucky you are unnie. i'm very very jelly with you. aigoo! kalau aku nak beli phone, aku mesti siapkan semua kira padi tu. sobbing this is my condition now. nak beli phone kena pakai duit sendiri tau? aku ada je biasiswa tapi ibu tak bagi keluarkan. haiz kalau aku boleh keluarkan duit biasiswa tu, mesti aku dah boleh beli phone sekarang ni. 

okaylah, sampai sini je entry untuk hari ni. kalau jari jemari ini rajin nak menaip esok, insya Allah!
okaylah, ppyeong, Assalamualaikum =))

Labels: #2013, #life, #random

Almost Cry
Wednesday, June 5, 2013, Wednesday, June 05, 2013

Assalamualaikum and Annyeonghaseyo! I'm back. malam ni aku nak tulis sikit je sebab tajuknya satu je dan benda ni boleh membuatkan teringiang-ngiang di malam hari. /perh ayat tak boleh bla T_T/ aku ada tengok video call out untuk Baekhyun dekat youngstreet kalau tak silap. seriously, jelous kot dengan perempuan tu. untung kan dia? haiz macam manalah dia boleh jawab dengan tenang? entahlah awal-awal lagi Baekhyun panggil dia "jagiya" kalaulah aku yang jadi perempuan mesti aku akan .. akan .. /sorry, i can't describe it/ tapi kan masa aku tengok dekat comments dekat bawah tu ada jugak yang sempat buat lawak XD

kiranya kalau diberi pilihan antara MT ataupun Baekhyun . . . hehehe aku pun tak tahu nak pilih mana. haiz sekarang ni benda yang paling menyedihkan aku iaitu hari ni dah masuk hari rabu dan hanya ada beberapa hari je lagi sekolah dah nak bukak. OMG entahlah tak sempat nak tengok wolf yang drama version punya. aduyai pak cik sm, bila hang nak release?

okaylah, sampai sini je entry untuk malam ni. memang den berniat nak menyambung tetapi mata den ni rasa samar-samar je. maybe tanda-tanda nak tidur le tu~

ppyeong! Assalamualaikum

Labels: #2013, #almost cry, #baekhyun, #EXO, #night

New Look
Monday, June 3, 2013, Monday, June 03, 2013
Assalamualaikum and Annyeonghaseyo. Minggu ni merupakan minggu terakhir cuti sekolah. Dan semestinya homeworks aku baru 90% siap. Nota science aku langsung belum buat uji kendiri tapi yang nota dah siaplah. Math pun sama. Aigoo! beban beban. kejap lagi aku kena kira padi pulak. alamatnya memang baru satu ikatlah aku buat. aku buat ni pun sebab nakkan duit. then, boleh beli phone XD

Aku ni cakap-cakap tapi lari tajuk. kekeke btw, aku dah tukar template untuk blog ni. aku tukar ni pun malam tadi. seriously, memenatkan gila. rasanya buklan malam dah tapi pagi baru aku tidur. Semangat update tu datang secara tiba-tiba tak kira masa dan waktu /erkk sama je kan =__="/

Gambar yang atas ni template lama aku. aku searched dekat blogskins je. aku tak mahir lagi kalau nak buat blogskin ni. maybe satu hari nanti aku akan tau. agagaga XD sebenarnya aku dah bosan guna template tuh so aku tukar lah kepada yang baru ni. hehehe simple je kan? sekarang ni aku rfasa malas sangat nak berlawa-lawa. asalkan ada colour pink. jyeah sejak bila aku suka pink den pun tak tahu T__T

sebelum ni memang aku nak update pasal Wolf tapi malas. so alang-alang tengah updating ni lebih baik den tulis. so EXO comeback pada 30th May. waktu tu semua beria menunggu mv masa 29hb tapi tak keluar pun. Wolf mv ni ada tiga iaitu korean ver, chinese ver dengan drama. bo? drama? ya! tapi sampai sekarang belum release lagi mv tu.

Labels: #2013, #comeback, #EXO

Dance Practice
Tuesday, May 28, 2013, Tuesday, May 28, 2013
Assalamualaikum and Annyeonghaseyo! hari ni aku happy gila sebab pak cik sm dah keluarkan video EXO masa dance practice untuk lagu Wolf. best gila kut dance diorang. mula-mula aku ada tengok dekat tumblr pasal gambar-gambar masa tengah practice tapi disebabkan aku tak jumpa video yang asli, so aku tangguhkan. tak sangka pulak bukak-bukak je pagi ni dah terkeluar video tu. ini link video nya.

segarang-garang lagu Wolf ni, masuk part yang chorus comel je tariannya. agaga seriously! definitely, masa live mesti bersepah gila stage tuh. tapi waktu aku tengok dance practice tadi diorang macam ada bahagikan kepada dua kumpulan. susunan tu tak ingat K dengan M. senang cerita = ROJAK 

aku dengar cerita dekat twitter tadi "katanya" yang mv wolf tu akan release esok. ho! laju gila kan? dan rasanya tak sabar nak tunggu 30th May nie /asyik asyik XD/ dan semestinya mesti lambat gila aku nak tengok mv tu. yelah nak buat macam mana, internet lembab weyh =_= 

okaylah. sampai sini je entry untuk kali ni.
kalau eden rajin, nanti den akan update pasal exo lagi =)))
ppyeong, Assalamualaikum

Labels: #2013, #comeback, #EXO

#Segmen Chomell Cuti Sekolah
, Tuesday, May 28, 2013

Soalan:-

εïз Ada nama timangan tak? Yang masa kecik-kecik orang bagi? Kalau ya, apa?

       Disebabkan masa den kecik dulu selalu kena buli dengan abang dengan kakak, diorang panggil aku "SPR" (Syasya Paridah Raksaksa) lepas tu Abang Besar panggil aku mamak. Aku pun tak faham =_="

εïз Warna paling benci?

      Kuning!

εïз Lagu yang paling digemari? Yang latest.

       Love Blossom from K.Will. Macam mana aku suka sebab lagu dia sweet and l berlakon dalam mv tuh. Kyaaa! handsome XD

εïз Kalau ada orang bagi baucer shopping, apa benda first yang terfikir nak beli?

      Aku nak beli album XOXO. Memang teringin gila nak memegang album ni.

εïз Time bosan buat apa?

      Baca novel. kekeke 

εïз Subjek paling pro?

       Ermm . . . Bahasa Arab kowt. Ah yelah, BA.

Labels: #2013, #segmen

?« older posts | back to the top

« older posts | back to the top
ABOUT ME
hello! my name is syahiddatul syahiddah bt samedrik but you can call me syahida or aya. im 15 years old this year. im a malaysian od im definitely a k-popper or exo stan. im the type of quiet girl (maybe lol)but don't worry you can be my friend lmao. feel free to read, comment and follow my blog. ppyeong =)
WEBSITE
Name: Blog nate
Host: Blogger
Since: -/-/-
Type: Personal
Screen: 1280x800, Mozilla Firefox
Version: Mad World

BLOG ARCHIVES
<$BlogArchiveName$> /
LKINKS
link
link
link
link
link
link
link
link
 
CREDITS
Code base by Sagacity and edited by Melodice.
More:
Tumblr - Tutorials and BG
Brand New Ancient - Icon 100x100
Leitmotiv - Some codes
Manatopia - Inspiration and colors
Lithium - Menu
Ferny Dust - Sozai